kek coklat Pictures, Images and Photos

Sunday 26 June 2011

APOM POLKADOT

bahan2 nya

200 grm gula halus
3 biji telur ayam
260gram tepung gandum
3 sudu teh B.powder diayak dengan tepung tadi
150ml susu segar atau susu cair
1 sudu teh overlate
inti blueberry masuk dalam piping beg
4 warna dan esen vanila

cara2 membuatnya

1.pukul telur hingga kembang dan gebu, masukkan susu,overlate dan esen vanilla dan pukul lagi
selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit bahagi kepada empat bahagian
2. masukkan setiap warna dalam piping beg
3.picit adunan ke dalam acuan separuh 
4. paip inti pula secukupnya
5.picit adunan lagi sehingga penuh
6.picit dot2 di atas nya 
7. kukus selama 10 @ 15 minit 
8. jangan buka api besar semasa mengukus nanti merekah
9.inti boleh ditukar dengan jem,serikaya @ peanut butter


SELAMAT MENCUBA!~

spaghetti blongnee

bahan2 nya
1 pek spaghetti blongnese (kalau tak ada jenama lain pun boleh)
1 botol prego tradisional
2 tin bulat tuna cili(ayam brand)
1 tin cendawan butang(ayam brand)
2 biji cili benggala *
5 biji cili padi *
2 batang saleri*
2 biji tomato *
2 biji bawang besar *
5 biji bawang putih *
semua yang ditanda bintang dipotong dadu paling kecil
8 sudu besar minyak masak
2 cawan air,garam dan gula secukup rasa

cara2 membuat nya

masak air sampai mendidih,masukkan sedikit garam dan 4 sudu minyak masak  dalam air,rebus spaghetti selama 15 minit dan kemudian toskan.panas minyak,tumis bawang besar dan bawang putih yang didadu dan cili padi,bila naik bau masukkan sos prego dan bila pecah minyak masukkan tuna biar sekejap.masukkan 2 cawan air tadi biar sampai mengelegak,lepas tu masukan cendawan,cili benggala,batang seleri,garam dan gula secukup rasa.kacau dan biar agak kering dan sedikit pekat.kalau nak makan yg berkuah biar dia cair sedikit...siap untuk dimakan....selamat mencuba....kalau nak buat separuh pun boleh...

Friday 10 June 2011

salam sejahtera untuk semua kawan2 yg mengenali ku....dalam blog ku ini tiada perkara lain yg nak di kongsikan,hanya resepi masakan kegemaran ku....nanti akan disertakan bersama resepi2 serta gambar sekali.....